Peraturan serta peringatan di kawasan Campsite yang perlu diambil perhatian
- Dilarang sama sekali membawa sebarang bentuk minuman keras / makanan non halal. Tindakan pembatalan penginapan akan dibuat.
- Dilarang sama sekali memotong sebarang pokok / dahan pokok yang terdapat di dalam kawasan Campsite.
- Dilarang mandi laut pada waktu ombak besar / musim tengkujuh. Keselamatan adalah dibawah tanggungjawab individu /pengunjung.
- Dilarang memindahkan sebarang perkakas dapur / apa-apa peralatan / kemudahan yang terdapat di dalam bilik penginapan ke tempat lain.
- Karaoke adalah tidak dibenarkan kecuali atas budi bicara dan keadaan tertentu dengan kebenaran.
PERINGATAN LAIN
- Menggunakan simpanan bekalan air paip secara berhemat memandangkan bekalan air sedia adalah adalah dari sumber air projek kampung dan sering berlaku bekalan air paip terputus terutama pada musim tengkujuh.
- Dinasihatkan sentiasa menggunakan alas kaki semasa menjalankan apa-apa aktiviti bagi tujuan keselamatan.
- Tiada sebarang aktiviti dibenarkan selepas jam 12.00 malam.
Terima kasih datang bermalam.
Bawa kenangan anda pergi,
Tapi tinggalkan rindu itu untuk kembali,
Pastinya disini PERMATA PUGU